Roti Canai Kampung Parit Bilal



Buat peminat roti canai, anda mungkin boleh mencuba roti canai di warung ini, di Kampung Parit Bilal, Batu Pahat. 

Lokasi lebih kurang 10 kilometer dari pusat bandar, (berhadapan dengan showroom ISUZU), Warung Roti Canai ini mula beroperasi pada jam 3.00 petang sehingga tengah malam, setiap hari.

Sekali pandang, kelihatan seperti warung biasa-biasa sahaja. Tetapi setelah menjamah roti canainya bersama dengan kuah dalnya yang sedap, ia membuatkan kami teruja pula untuk mencuba menu yang lain.

Antara menu yang menarik di warung ini, Sup Kambing. "Boleh tahan sedap!" Dengan kuahnya yang berempah berserta dengan dagingnya yang lembut, dimakan pula dengan roti. "MABELES!"

Meskipun kain rentangnya menyatakan terdapat 10 jenis menu, namun tidak semua yang ada. Mee rebus, mee rebus gear box, rojak, sup tauhu dan nasi lemak dalam 'coming soon' kata pemiliknya.

Secara keseluruhan, makanan di warung ini sedap dan harganya juga amat berpatutan. Jadi, jangan lupa singgah jika anda berada di Batu Pahat, Johor.

Oleh Wira Ismail, WARONGHUNTER





Unknown

Sekadar ingin berkongsi lokasi-lokasi tempat makan yang menarik serta makanan-makanan halal yang terdapat di Malaysia. Facebook

0 comments: