RESTORAN ZJ BAHAGIA | Makanan Selera Kampung


Restoran ZJ Bahagia merupakan kedai makan yang sering dikunjungi untuk makan tengah hari. Restoran ini terletak di Kampung Pertama, Permatang Tok Kandu, Pulau Pinang. Mereka beroperasi mulai jam 6.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari dan TUTUP pada hari Selasa.

Untuk menu sarapan pagi, restoran ini menyediakan Roti Canai, Roti Telur dan Roti Pisang. Sekitar jam 11.00 pagi, lauk pauk untuk makan tengah hari sudah pun tersedia. Terdapat lebih kurang 40 jenis menu selera kampung yang disediakan.

Pelbagai jenis kerabu, ikan bakar, sotong bakar, gulai ikan, ulam-ulaman dan sambal serta air asamnya yang meletup, pasti membuatkan anda teruja untuk mencuba makan tengah hari di sini. Siput sedut masak lemak pula merupakan menu yang sering menjadi kegemaran pengunjung yang datang ke sini.










Dari segi harga, usah risau, harganya sangat berpatutan. Penulis mengambil nasi putih sepinggan, ikan pari bakar seketul, sotong bakar seekor, sedikit kerabu taugeh dan segelas air limau ais, harganya cuma RM10.00, murahkan? Tidak hairanlah, kedai ini sering dipenuhi pengunjung dari penduduk setempat dan kadang kala dari luar Pulau Pinang.

Jadi, jika anda berada di sekitar Butterworth, Bukit Mertajam mahupun Sungai Petani, jangan lupa untuk singgah makan tengah hari di Restoran Zj Bahagia, makanan selera kampung.

Unknown

Sekadar ingin berkongsi lokasi-lokasi tempat makan yang menarik serta makanan-makanan halal yang terdapat di Malaysia. Facebook

1 comment: