Asam Pedas Jr, Bandar Hilir, Melaka

19:16 3 Comments


Asam Pedas sangat sinonim dengan negeri Melaka. Terdapat beberapa gerai asam pedas yang popular di sini. Antaranya Asam Pedas JR, terletak di Newton Culture Food Village, berhadapan Dataran Pahlawan, bersebelahan Mahkota Parade.

Melangkah masuk ke sini, mata pasti tertumpu ke arah deretan lauk pauk yang disediakan, tatkala bau masakan asam pedas yang pasti membuatkan kita tidak sabar untuk menikmatinya. Untuk memesan makanan di sini, pengunjung perlu menyatakan nombor meja yang terdapat di kaki meja kepada pelayan.

Walaupun ketika kami sampai, gerai ini penuh sesak dengan pengunjung, namun makanan yang dipesan, tidak mengambil masa yang lama untuk sampai ke meja. Apa yang uniknya asam pedas di sini, rasanya yang lain dari yang lain, tidak seperti rasa asam pedas yang selalu kita makan. Dimakan pula dengan nasi yang menggunakan beras wangi (rasanya sedikit seperti pulut), pasti akan menambahkan selera anda.

Oleh Wira Ismail, WARONGHUNTER





Namun begitu, harga di sini sedikit mahal. Mungkin disebabkan kos sewaan tapak berniaga di sini yang tinggi. Selain asam pedas, terdapat jugak ikan bakar, ayam goreng, udang dan masakan panas.

Asam Pedas JR dibuka setiap hari, mulai jam 12.00 tengah hari hingga 2.00 pagi. Kini, mereka mempunyai 1 lagi cawangan berdekatan situ juga, iaitu di hadapan Menara Taming Sari.






Unknown

Sekadar ingin berkongsi lokasi-lokasi tempat makan yang menarik serta makanan-makanan halal yang terdapat di Malaysia. Facebook

3 comments:

  1. lps mkn asam pds ni sy sakit kepala 3 hari. ajinomoto terlalu tinggi.

    ReplyDelete
  2. Betul, asam pedas terasa manis ajinomoto, waiter kurang mesra pelanggan

    ReplyDelete
  3. Makan kerang rebus... byk yg membusuk.... alaahai nak jual juga...

    ReplyDelete