WARUNG DIPLOMATIK | PUTRAJAYA


WARUNG DIPLOMATIK yang baru dibuka pada 1 Disember 2015 yang lalu, kini mula menjadi pilihan pengunjung terutama pada waktu tengah hari. Mereka beroperasi di Presint Diplomatik, Putrajaya, sebaris dengan Ramly Burger. Waktu operasi bermula pukul 7.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari.
Antara menu yang disediakan ialah Nasi Putih yang dimakan bersama Ayam Dara atau Ayam Kampung (goreng). Namun begitu jika anda datang pada waktu pagi, mereka menyajikan Nasi Berlauk Jenerih (nasi putih + ikan tongkol + telur rebus + kuah + sambal ) sebagai menu utama mereka. Harga untuk Nasi Berlauk ini RM4.50 sahaja. Bagi Nasi Putih + Ayam Dara pula dijual dengan harga RM5.00 dan Nasi Putih + Ayam Kampung dijual dengan harga RM6.00 dan yang paling ‘best’, Nasi Putih adalah percuma di sini.







Selain nasi ayam dara atau kampung, tarikan pengunjung untuk ke sini ialah air Kelapa Baldi, harganya RM4.00. Selain itu terdapat juga Coconut Shake, Jagung Aiskrim dan ABC Oreo, masing-masing dijual dengan harga RM3.00 kecuali ABC Oreo yang dijual dengan harga RM4.00.




Ruang makan bersila yang luas dan selesa

Ruang makan yang disediakan juga amat selesa dan terbaru, mereka menyediakan tempat makan bersila untuk mereka yang ingin makan bersila. Tempat makan bersila ini boleh memuatkan lebih kurang 50 orang pada satu-satu masa. Sistem pesanan makanan dan minuman di sini ialah secara layan diri. Jadi, jika anda sampai di sekitar Putrajaya, jangan lupa singgah dan cuba Warung Diplomatik. Selamat mencuba....

Abang Dzek (kiri) dan Joshua Yunus (berkaca mata), diantara 3 orang pengusaha bersama Warung Diplomatik

WARUNG DIPLOMATIK
No. 20, Jalan Diplomatik 2/1, Presint Diplomatik,
62050 Putrajaya
Koordinat GPS : 2.944996, 101.724865

Waktu Operasi : 7.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari
No. Telefon : 03-8861 0880

Facebook : https://www.facebook.com/Warung-Diplomatik-518889054954325/?fref=nf

Oleh : Wira Ismail
          WARONG HUNTER

Unknown

Sekadar ingin berkongsi lokasi-lokasi tempat makan yang menarik serta makanan-makanan halal yang terdapat di Malaysia. Facebook

0 comments: