HASIL LAUT SEGAR SABAH KINI DI PUTRAJAYA
Inginkan hasil laut dari Sabah yang segar dengan harga yang berpatutan? Jom ke SABAH FISH MART (SFM) yang beroperasi di Presint Diplomatik, Putrajaya di mana mereka membekal dan menjual pelbagai jenis ikan, udang, sotong dan ketam yang segar dari Sabah. Kedai ini yang mula dibuka pada 17 Jun yang lalu, kini sering menjadi pilihan pelanggan terutama dari mereka yang tinggal di sekitar Putrajaya.
Menurut pemilik SFM, Alighadier Musappa, semua jenis hasil laut yang diterbangkan dari Sabah tidak menggunakan bahan pengawet yang tidak dibenarkan, sebaliknya mereka hanya menggunakan ais sahaja bagi mengekalkan kesegaran hasil laut tersebut.
Harga yang ditawarkan juga bergantung kepada harga pasaran dan juga kuantiti stok yang sampai. Antara ikan yang dijual di sini ialah ikan Tenggiri, Kerapu, Bayan, Selar Kuning, Pari, Alu-alu dan Kerisi. Selain itu, mereka juga menjual Lobster dan Ketam Lembut yang semakin digemari oleh masyarakat Malaysia.
SABAH FISH MART,
N0. 103, Ground Floor,
Jalan Diplomatik, Presint 15,
Diplomatik Business Center,
62050 Putrajaya
(berhadapan Domino’s Pizza)
Waktu Operasi :
9.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari
Koordinat GPS :
2.945915, 101.724694
No. Tel/Whatsapp :
017 – 837 6626
FB:
SABAH FISH MART
Email :
Tay@borneoseafood.com.my
Oleh :
Wira Ismail
Warong Hunter
0 comments: