NASI KANDAR MELAYU APPOLO BANGI
Sebut Nasi Kandar, kita pasti terbayangkan Nasi Kandar Mamak yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia. Agak payah nak jumpa Nasi Kandar yang dimasak dan dijual oleh pengusaha Melayu. Jika anda ke Bangi, Selangor, terdapat seorang pengusaha Melayu yang menjalankan perniagaan Nasi Kandar. NASI KANDAR MELAYU APPOLO, kini dibuka di Persiaran Jaya, Bandar Baru Bangi (berhadapan Stesen Minyak Petron). Beroperasi setiap hari mulai jam 11.00 pagi hingga 10.00 malam. Sebelum ini, mereka menjalankan perniagaan ini di Seksyen 9, Bangi dan Uptown Jalan Reko.
Kenapa APPOLO? Nama APPOLO diberi kerana di sini, nasi dimasak di dalam bekas yang berbentuk seperti roket Appolo. Apa yang menariknya di sini, nasinya yang berwarna kuning, ini adalah kerana warna kuning itu melambangkan keaslian nasi kandar yang berasal dari utara tanah air. Kebiasaanya, pelanggan memilih untuk makan nasi kandar ini bersama ayam goreng masala. Dimakan pula bersama sayur taugeh dan 3 jenis kuah kari. Selain itu, terdapat juga lauk kari ikan, ayam masak merah dan daging masak kicap. Uniknya disini, tidak disediakan pinggan, nasi dan lauk hanya dibungkus didalam plastik dan kertas. Minuman juga tidak menggunakan gelas kaca atau plastik, sebaliknya bekas minuman pakai buang. Selesai makan, terus buang ke dalam tong sampah yang disediakan.
Ayam Masala yang siap digoreng |
Ayam Masala yang di goreng separuh masak |
Tiga jenis kuah kari |
Antara menu lain yang disediakan |
Kemudahan tempat makan yang luas dan selesa |
Kemudahan tempat parkir kenderaan yang luas |
Harga untuk nasi dan ayam bersaiz ‘quarter’ RM9.00 dan ayam yang bersaiz biasa RM6.00. Kami memilih untuk mencuba yang bersaiz ‘quarter’. Kalau dah makan nasi kandar, kenalah ada papedom, baru cukup korum. Papedom pula dijual berasingan, RM1.00 sebungkus. Pertama kali mencuba Nasi Kandar Apollo ini, bagi kami, rasanya sedang-sedang sahaja. Namun begitu, kepada anda yang tidak meminati Nasi Kandar Mamak, eloklah mencuba Nasi Kandar Apollo ini.
Kemudahan parkir yang luas dan tempat makan yang selesa juga merupakan antara faktor kenapa pelanggan suka datang ke sini. Untuk maklumat lanjut, boleh layari facebook mereka di https://www.facebook.com/Nasi-Kandar-Apollo
Koordinat Gps :
oleh wira ismail
waronghunter
0 comments: