PEKAN STATION WESTERN FOOD KG. BARU, K.L

22:25 1 Comments


Mungkin ramai yang belum tahu tentang sebuah kedai yang menyajikan makanan ala barat (western food) sedap di Kampung Baru, Kuala Lumpur. PEKAN STATION, terletak di Jalan Raja Uda, Kampung Baru, betul-betul di hadapan Ton Phai Tomyam. Walaupun kedai ini dari luar kelihatan biasa sahaja, tetapi makanannya sedap-sedap belaka. Buka setiap hari kecuali hari Isnin mulai jam 5.30 petang hingga 1.00 pagi. Namun, kawasan untuk meletakkan kenderaan sangat terhad, parkir hanya di tepi jalan sahaja. Ada pelanggan yang terpaksa parkir jauh sedikit dari kedai.

Ketika kami sampai 2 hari lepas sekitar jam 6.30 petang, tempat duduk di dalam kedai hampir penuh. Al-maklumla, selepas hujan, ramai yang lapar agaknya. Kami bernasib baik terdapat sebuah meja yang masih kosong. Tempat duduk tambahan di luar kedai pun ada, tetapi masih basah belum sempat di lap memandangkan semua pekerja sibuk melayan pelanggan. Kami menganggarkan kedai ini boleh memuatkan hampir 60 ke 80 orang pada satu-satu masa. 



Antara menu yang terdapat di sini ialah Chicken Chop, Chicken Grill, Fish & Chips, Chicken Bleu, Beef Steak, Lamb Chop dan Mix Grill. Selain itu terdapat juga Meatball Pasta, Chicken Grill Pasta, Chicken Chop Pasta, Lamb Pasta dan Mix Grill Pasta. Harga pula bermula serendah RM10.00 hingga RM16.oo sahaja untuk semua menu tadi, murahkan? Dari segi rasa pula, memang ‘fantastic’, sedap. Bak kata salah seorang pelanggan yang datang ke sini, ‘Makanan seperti di hotel, harga seperti di kaki lima’.









Menu yang wajib dicuba jika anda ke sini ialah Chicken Grill/Lamb Pasta. Dimakan pula bersama ‘home made black pepper sauce’ yang sedap, pasti membuatkan anda akan datang lagi ke sini. Makanan yang kami pesan juga sampai dalam masa setengah jam, kira okla, tidak lama menunggu. 

Jadi, jika anda ke Kuala Lumpur, jangan lupa untuk singgah di Kampung Baru, cari kedai yang bernama PEKAN STATION, memang sangat berbaloi. Selamat mencuba ya….

Untuk maklumat lanjut, boleh layari Facebook mereka di :

https://www.facebook.com/pekanStation

Oleh Wira Ismail
warong hunter

Unknown

Sekadar ingin berkongsi lokasi-lokasi tempat makan yang menarik serta makanan-makanan halal yang terdapat di Malaysia. Facebook

1 comment:

  1. Boleh x lain kali share waze locatio sekali..cari kat waze x jumpa.tq

    ReplyDelete