Roti Bakaq Teloq Meleleh, Cheras
Suka sarapan roti bakar? Mungkin warung ini akan menarik minat anda untuk berkunjung dan mencuba roti bakar yang istimewa ini.
Warung Roti Bakaq Telur Meleleh, menyediakan lebih dari 10 menu yang berasaskan telur dan roti benggali.
Warung RBTM ini juga dikatakan berjaya menarik pelanggannya mengikut waktu-waktu tertentu berdasarkan selera pelanggannya.
Abang Zack, pemilik warung, pada mulanya hanya berniaga secara suka-suka sahaja. Namun, apabila melihat perniagaan itu mempunyai potensi selain dari menjadi punca pendapatannya, dia nekad meneruskan perniagaan itu dan kini berjaya membuka 80 buah cawangan di seluruh negara kurang dari 8 bulan. Ohsome!
Sungguhpun kelihatan seperti biasa, menu di warung ini lebih kepada makanan yang sihat dan unsur-unsur western.
Harga makanan yang dikenakan pula berpatutan dan warung ini 100 bebas dari cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Harga menu yang paling rendah di warung ini adalah RM3.00.
Rata-rata pelanggan yang berkunjung ke warung ini memberikan respon yang baik. Bagi yang berminat, boleh berkunjung ke warung Roti Bakar Teluq Meleleh di:
HQ (Sungai Petani)
- Tapak Market pasar pagi Bandar Seri Astana (7am hingga 11am & 5pm hingga 11pm) Setiap Hari
- Medan Selera Jam Besar (6pm hingga 11pm) Setiap Hari
- Talib Corner depan Wisma Keladi (7am hingga 11am) Setiap Hari
Tapak kekal (Lembah Klang)
- Restoran Shah Alam Seksyen 23 (5.00 pm hingga 11.00 pm) Setiap Hari.
- Ikram No 2, Medan Selera Pandan Jaya (6.00pm hingga 1.00 am) Setiap Hari
Tapak Sementara
- Cawangan Cheras, Belakang Menara PGRM, Cheras. 7.00 pagi sehingga 2.00 petang.
Untuk maklumat lanjut sila layari : www.facebook.com/rotibakaqteloqmeleleh
0 comments: