Bazaar Ramadan Putrajaya 2015

00:30 0 Comments

Bazaar Ramadan Putrajaya untuk tahun 2015 beroperasi di Presint 3, berhampiran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi). 
Terdapat lebih kurang 314 buah gerai yang menjual pelbagai juadah di sini. Jumlah pengunjung akan bertambah pada hujung minggu di mana terdapat juga pengunjung yang datang dari luar Putrajaya ke bazaar ini.
Berdasarkan tinjauan kami, antara gerai yang sering mendapat sambutan ialah gerai nombor 308, Nasi Kerabu Wan Atiq.
Ramuan nasi kerabu yang asli dan daging serta ayam bakarnya yang ‘marvelous’ pastinya menarik perhatian pengunjung untuk mencubanya. 
Nasi Kerabu Daging Bakar, Nasi Kerabu Ayam Bakar dan Nasi Kerabu Ikan Goreng dijual dengan harga RM6.00. Manakala Nasi Kerabu ‘Special’ pula, RM10.00 sahaja.
Selain gerai Nasi Kerabu Wan Atiq, gerai Ayam Champion juga turut mendapat sambutan yang menggalakkan. 
Pengusaha Ayam Champion, Zaidi Al-Amin Fuad, berkata, ayamnya dibakar di dalam tempayan. Sebanyak lima buah tempayan digunakan di gerai mereka. Terdapat dua menu yang boleh dipilih iaitu, Ayam 'Western' atau 'Italiano' dan Ayam Madu ataupun Malaya. 
Setiap seekor dijual dengan harga RM20.00 dan RM10.00 harga untuk separuh. 
Terdapat banyak lagi gerai-gerai yang menjual juadah yang menarik di bazaar ini. Antaranya Cik Ros Muara Ikan Bakar, Murtabak King Legend, Bashir Air Mata Kucing Stadium Darul Aman, Mee Tonggek, Karipap King, Nasi Tomato Kak Zai dan gerai-gerai yang menjual kuih muih. 
Bagi mereka yang berkelapangan, bolehlah berkunjung ke Bazaar Ramadan Putrajaya, Presint 3. Berbelanjalah dengan bijak dan selamat menunaikan ibadah puasa. 

Oleh Wira Ismail, WARONGHUNTER















Unknown

Sekadar ingin berkongsi lokasi-lokasi tempat makan yang menarik serta makanan-makanan halal yang terdapat di Malaysia. Facebook

0 comments: