Lontong Sate Batu Pahat
Antara makanan yang wajib dicari apabila berkunjung ke Batu Pahat, Johor ialah Mee Racun dan Nasi Beriani Gam. Namun, mungkin ada yang masih tidak tahu bahawa selain dari dua makanan itu ada satu lagi makanan yang menarik untuk dicuba iaitu Lontong Sate.
Warung Lontong Sate terletak di Jalan Pegawai, bersebelahan dengan Balai Polis Batu Pahat Lama dan mula beroperasi selepas waktu Isyak sehinggalah habis kesemua makanannya dalam sekitar jam 2 pagi.
Kami tiba di warung ini pada jam 8.40 malam dan pada ketika itu masih terdapat banyak meja yang kosong. Sekitar jam 9.30 malam, warung ini mula dipenuhi para pelanggannya.
Antara menu yang terdapat di sini:
- Lontong Telur (RM3.50)
- Lontong Sate (RM5.40)
- Nasi Lemak Telur (RM2.50)
- Nasi Lemak Sotong dan Telur (RM4.00)
- Nasi lemak Ayam dan Telur (RM5.50) serta
- Nasi Lemak Telur dan Sate (RM5.50).
Menarik mengenai menu Lontong Sate ini, campuran Kuah Lontong bersama dengan nasi impit, telur dadar, tauhu goreng dan khususnya sate itu sendiri membuatkan rasanya begitu sedap dan amat berbaloi untuk dicuba.
Oleh Wira Ismail, WARONGHUNTER
Oleh Wira Ismail, WARONGHUNTER
0 comments: