HASIL LAUT SEGAR SABAH KINI DI PUTRAJAYA


Inginkan hasil laut dari Sabah yang segar dengan harga yang berpatutan? Jom ke SABAH FISH MART (SFM)  yang beroperasi di Presint Diplomatik, Putrajaya di mana mereka membekal dan menjual pelbagai jenis ikan, udang, sotong dan ketam yang segar dari Sabah. Kedai ini yang mula dibuka pada 17 Jun yang lalu, kini sering menjadi pilihan pelanggan terutama dari mereka yang tinggal di sekitar Putrajaya.

Menurut pemilik SFM, Alighadier Musappa, semua jenis hasil laut yang diterbangkan dari Sabah   tidak menggunakan bahan pengawet yang tidak dibenarkan, sebaliknya mereka hanya menggunakan ais sahaja bagi mengekalkan kesegaran hasil laut tersebut.








Harga yang ditawarkan juga bergantung kepada harga pasaran dan juga kuantiti stok yang sampai. Antara ikan yang dijual di sini ialah ikan Tenggiri, Kerapu, Bayan, Selar Kuning, Pari, Alu-alu dan Kerisi. Selain itu, mereka juga menjual Lobster dan Ketam Lembut yang semakin digemari oleh masyarakat Malaysia.

SABAH FISH MART,
N0. 103, Ground Floor,
Jalan Diplomatik, Presint 15,
Diplomatik Business Center,
62050 Putrajaya
(berhadapan Domino’s Pizza)

Waktu Operasi :
9.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari

Koordinat GPS :
2.945915, 101.724694

No. Tel/Whatsapp :
017 – 837 6626

FB:
SABAH FISH MART

Email :
Tay@borneoseafood.com.my

Oleh :
Wira Ismail
Warong Hunter

WARUNG DIPLOMATIK | PUTRAJAYA


WARUNG DIPLOMATIK yang baru dibuka pada 1 Disember 2015 yang lalu, kini mula menjadi pilihan pengunjung terutama pada waktu tengah hari. Mereka beroperasi di Presint Diplomatik, Putrajaya, sebaris dengan Ramly Burger. Waktu operasi bermula pukul 7.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari.
Antara menu yang disediakan ialah Nasi Putih yang dimakan bersama Ayam Dara atau Ayam Kampung (goreng). Namun begitu jika anda datang pada waktu pagi, mereka menyajikan Nasi Berlauk Jenerih (nasi putih + ikan tongkol + telur rebus + kuah + sambal ) sebagai menu utama mereka. Harga untuk Nasi Berlauk ini RM4.50 sahaja. Bagi Nasi Putih + Ayam Dara pula dijual dengan harga RM5.00 dan Nasi Putih + Ayam Kampung dijual dengan harga RM6.00 dan yang paling ‘best’, Nasi Putih adalah percuma di sini.







Selain nasi ayam dara atau kampung, tarikan pengunjung untuk ke sini ialah air Kelapa Baldi, harganya RM4.00. Selain itu terdapat juga Coconut Shake, Jagung Aiskrim dan ABC Oreo, masing-masing dijual dengan harga RM3.00 kecuali ABC Oreo yang dijual dengan harga RM4.00.




Ruang makan bersila yang luas dan selesa

Ruang makan yang disediakan juga amat selesa dan terbaru, mereka menyediakan tempat makan bersila untuk mereka yang ingin makan bersila. Tempat makan bersila ini boleh memuatkan lebih kurang 50 orang pada satu-satu masa. Sistem pesanan makanan dan minuman di sini ialah secara layan diri. Jadi, jika anda sampai di sekitar Putrajaya, jangan lupa singgah dan cuba Warung Diplomatik. Selamat mencuba....

Abang Dzek (kiri) dan Joshua Yunus (berkaca mata), diantara 3 orang pengusaha bersama Warung Diplomatik

WARUNG DIPLOMATIK
No. 20, Jalan Diplomatik 2/1, Presint Diplomatik,
62050 Putrajaya
Koordinat GPS : 2.944996, 101.724865

Waktu Operasi : 7.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari
No. Telefon : 03-8861 0880

Facebook : https://www.facebook.com/Warung-Diplomatik-518889054954325/?fref=nf

Oleh : Wira Ismail
          WARONG HUNTER

NASI KANDAR MELAYU APPOLO BANGI


Sebut Nasi Kandar, kita pasti terbayangkan Nasi Kandar Mamak yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia. Agak payah nak jumpa Nasi Kandar yang dimasak dan dijual oleh pengusaha Melayu. Jika anda ke Bangi, Selangor, terdapat seorang pengusaha Melayu yang menjalankan perniagaan Nasi Kandar. NASI KANDAR MELAYU APPOLO, kini dibuka di Persiaran Jaya, Bandar Baru Bangi (berhadapan Stesen Minyak Petron). Beroperasi setiap hari mulai jam 11.00 pagi hingga 10.00 malam. Sebelum ini, mereka menjalankan  perniagaan ini di Seksyen 9, Bangi dan Uptown Jalan Reko.

Kenapa APPOLO? Nama APPOLO diberi kerana di sini, nasi dimasak di dalam bekas yang berbentuk seperti roket Appolo. Apa yang menariknya di sini, nasinya yang berwarna kuning, ini adalah kerana warna kuning itu melambangkan keaslian nasi kandar yang berasal dari utara tanah air. Kebiasaanya, pelanggan memilih untuk makan nasi kandar ini bersama ayam goreng masala. Dimakan pula bersama sayur taugeh dan 3 jenis kuah kari. Selain itu, terdapat juga lauk kari ikan, ayam masak merah dan daging masak kicap. Uniknya disini, tidak disediakan pinggan, nasi dan lauk hanya dibungkus didalam plastik dan kertas. Minuman juga tidak menggunakan gelas kaca atau plastik, sebaliknya bekas minuman pakai buang. Selesai makan, terus buang ke dalam tong sampah yang disediakan.


Ayam Masala yang siap digoreng

Ayam Masala yang di goreng separuh masak

Tiga jenis kuah kari

Antara menu lain yang disediakan



Kemudahan tempat makan yang luas dan selesa
Kemudahan tempat parkir kenderaan yang luas

Harga untuk nasi dan ayam bersaiz ‘quarter’ RM9.00 dan ayam yang bersaiz biasa RM6.00. Kami memilih untuk mencuba yang bersaiz ‘quarter’. Kalau dah makan nasi kandar, kenalah ada papedom, baru cukup korum. Papedom pula dijual berasingan, RM1.00 sebungkus. Pertama kali mencuba Nasi Kandar Apollo ini, bagi kami, rasanya sedang-sedang sahaja. Namun begitu, kepada anda yang tidak meminati Nasi Kandar Mamak, eloklah mencuba Nasi Kandar Apollo ini.

Kemudahan parkir yang luas dan tempat makan yang selesa juga merupakan antara faktor kenapa pelanggan suka datang ke sini. Untuk maklumat lanjut, boleh layari facebook mereka di https://www.facebook.com/Nasi-Kandar-Apollo

Koordinat Gps :

oleh wira ismail
waronghunter

PEKAN STATION WESTERN FOOD KG. BARU, K.L


Mungkin ramai yang belum tahu tentang sebuah kedai yang menyajikan makanan ala barat (western food) sedap di Kampung Baru, Kuala Lumpur. PEKAN STATION, terletak di Jalan Raja Uda, Kampung Baru, betul-betul di hadapan Ton Phai Tomyam. Walaupun kedai ini dari luar kelihatan biasa sahaja, tetapi makanannya sedap-sedap belaka. Buka setiap hari kecuali hari Isnin mulai jam 5.30 petang hingga 1.00 pagi. Namun, kawasan untuk meletakkan kenderaan sangat terhad, parkir hanya di tepi jalan sahaja. Ada pelanggan yang terpaksa parkir jauh sedikit dari kedai.

Ketika kami sampai 2 hari lepas sekitar jam 6.30 petang, tempat duduk di dalam kedai hampir penuh. Al-maklumla, selepas hujan, ramai yang lapar agaknya. Kami bernasib baik terdapat sebuah meja yang masih kosong. Tempat duduk tambahan di luar kedai pun ada, tetapi masih basah belum sempat di lap memandangkan semua pekerja sibuk melayan pelanggan. Kami menganggarkan kedai ini boleh memuatkan hampir 60 ke 80 orang pada satu-satu masa. 



Antara menu yang terdapat di sini ialah Chicken Chop, Chicken Grill, Fish & Chips, Chicken Bleu, Beef Steak, Lamb Chop dan Mix Grill. Selain itu terdapat juga Meatball Pasta, Chicken Grill Pasta, Chicken Chop Pasta, Lamb Pasta dan Mix Grill Pasta. Harga pula bermula serendah RM10.00 hingga RM16.oo sahaja untuk semua menu tadi, murahkan? Dari segi rasa pula, memang ‘fantastic’, sedap. Bak kata salah seorang pelanggan yang datang ke sini, ‘Makanan seperti di hotel, harga seperti di kaki lima’.









Menu yang wajib dicuba jika anda ke sini ialah Chicken Grill/Lamb Pasta. Dimakan pula bersama ‘home made black pepper sauce’ yang sedap, pasti membuatkan anda akan datang lagi ke sini. Makanan yang kami pesan juga sampai dalam masa setengah jam, kira okla, tidak lama menunggu. 

Jadi, jika anda ke Kuala Lumpur, jangan lupa untuk singgah di Kampung Baru, cari kedai yang bernama PEKAN STATION, memang sangat berbaloi. Selamat mencuba ya….

Untuk maklumat lanjut, boleh layari Facebook mereka di :

https://www.facebook.com/pekanStation

Oleh Wira Ismail
warong hunter

RESTORAN ZJ BAHAGIA | Makanan Selera Kampung


Restoran ZJ Bahagia merupakan kedai makan yang sering dikunjungi untuk makan tengah hari. Restoran ini terletak di Kampung Pertama, Permatang Tok Kandu, Pulau Pinang. Mereka beroperasi mulai jam 6.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari dan TUTUP pada hari Selasa.

Untuk menu sarapan pagi, restoran ini menyediakan Roti Canai, Roti Telur dan Roti Pisang. Sekitar jam 11.00 pagi, lauk pauk untuk makan tengah hari sudah pun tersedia. Terdapat lebih kurang 40 jenis menu selera kampung yang disediakan.

Pelbagai jenis kerabu, ikan bakar, sotong bakar, gulai ikan, ulam-ulaman dan sambal serta air asamnya yang meletup, pasti membuatkan anda teruja untuk mencuba makan tengah hari di sini. Siput sedut masak lemak pula merupakan menu yang sering menjadi kegemaran pengunjung yang datang ke sini.










Dari segi harga, usah risau, harganya sangat berpatutan. Penulis mengambil nasi putih sepinggan, ikan pari bakar seketul, sotong bakar seekor, sedikit kerabu taugeh dan segelas air limau ais, harganya cuma RM10.00, murahkan? Tidak hairanlah, kedai ini sering dipenuhi pengunjung dari penduduk setempat dan kadang kala dari luar Pulau Pinang.

Jadi, jika anda berada di sekitar Butterworth, Bukit Mertajam mahupun Sungai Petani, jangan lupa untuk singgah makan tengah hari di Restoran Zj Bahagia, makanan selera kampung.